10 PERKARA YANG PERLU ANDA AMBIL PERHATIAN SEBELUM PAKAI MULTIFOKAL
Saban hari, ada klien dari kalangan usia 40 tahun ke atas yang datang berjumpa saya dan mahu pakai cermin mata.
Ada yang ada rabun dekat sahaja, ada juga yang ada rabun jauh dan dekat. Tetapi setiap klien ada pandangan dan latar belakang tersendiri apabila cerita tentang cermin MULTIFOKAL.
Ada yang kata,
Saya pernah pakai muktifokal, tapi tak sesuai dengan saya.
Saya boleh pakai cermin mata membaca sahaja.
Jadi, di sini saya ingin kongsikan perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum menempah kanta Multifokal.
1. Perlu buang mindset, hari ini pakai muktifokal terus mahu rasa selesa pakai.
2. Perlu ada motivasi yang tinggi untuk terima kekurangan yang ada pada design multifokal seperti rasa ‘ tinggi rendah’, ada kawasan sedikit kabur di pandangan sisi dan ambil masa untuk selesa dengan power rabun dekat.
3. Tidak boleh anggap semua jenis dan harga Multifokal di pasaran punya performance dab rasa yang sama.
4. Teknologi dan design multifokal sentiasa berubah dari tahun ke tahun. Jika 3 tahun lepas kita pernah gunakan satu jenis multifokal, besar kemungkinan teknologi dahulu sudah tidak sesuai dengan pemakaian kita masa kini. Kerana teknologi sentiasa berubah dengan pantas.
5. Harga multifokal untuk setiap kedai berbeza bukan kerana ada kedai jual mahal atau murah. Tetapi kerana ada kedai yang pentingkan kepuasan pemakai serta tips apa yang sesuai untuk setiap individu.
6. Tempahan multifokal perlu dilakukan detail diiringi dengan penerangan yang jelas dari Konsultan Optikal yang mahir tentang multifokal. Purata masa diperlukan adalah 30 minit untuk sesi penerangan sahaja. (Bukan seperti pilih cermin mata pakej semata)
7. Setiap orang ada hobi berbeza, aktiviti berbeza serta masa aktiviti yang juga berbeza. Jadi buang mindset, setiap orang perlukan jenis dan teknologi kanta multifokal yang sama.
8. Perlu belajar untuk pakai setiap jenis multifokal, tidak kira yang jenis mahal mahupun yang murah.
9. Walaupun kita tiada rabun jauh, hanya rabun dekat sahaja tetapi ianya juga adalah punca kepada mata kita yang letih. Berapa ramai yang tiada rabun jauh (hanya rabun dekat) tetapi ada mengadu mata letih, cepat mengantuk, sakit kepala dan silau ketika memandu? Pemakaian kanta multifokal sebenarnya dapat membantu.
10. Jangan banding beza atau terima bulat-bulat sekiranya ada rakan yang beritahu tidak perlu pakai muktifokal kerana rasa payah dan tidak selesa.
Kriteria pemakaian kanta muktifokal yang bagus dan selesa pada seseorang itu sebenarnya perlu ambil kira banyak faktor seperti :
++ mudah adaptasi oleh pemakai
++ berapa pantas fokus pada sebarang jarak
++ pemakaian muktifokal yang tidak cepat penat
++ cara dua mata berfungsi dan kerja secara berpasangan
++ pergerakan dua bola mata yang harmoni untuk aktiviti hidup yang aktif
Jika anda berhasrat untuk mula gunakan cermin multifokal (atau sudah pakai sekalipun), luangkan sedikit masa anda untuk tahu lebih banyak tentang kanta ini ketika menempahnya.
Boleh hubungi/whatssap Tim Astana Optometri Paka, Terengganu untuk buat appointment.
Ujian dan konsultansi akan diberi.
018-957 4043.